Saturday 11 August 2018

Nangka madu Tekam Yellow J33

Jom pakat2 rasa kemanisan nangka madu kita .

Cheese Cake

Ni jugak merupakan hobi baru sejak pindah ke Sabah. ni jugalah faktor yg membuatkan selera bertambah...berat jugak bertambah,tang berat ni mmg tak berapa nak gemar...tapi tak tahan lah dgn godaan CHEESE.... kegilaan pd cheese ni sampai seminggu sekali mesti buat sebiji kek.. lagi lah dh jumpa kedai yg boleh borong barang kek,dah sampai mcm tak nak balik pulak...seronok jer duduk kat kedai tu.

Ni Cheese kek versi bakar yg xjadi...hehehehe...first time cuba.
 
Tetiba potong ada lubang angin plk tengah tu...xper try n error, tak melemahkan semangat aku nk membaking lg.... 

Ni pun kurang menjadi...toping nya tu tp rasanya sangat sedap. Ni pun buat untuk tetamu yg berkunjung.Sahabat dari Keningau datang bukan tangan kosong tapi bawak gula pasir, Al kisahnya masa tu lah gula ni mcm barang salah,kat kedai langsung tak ada bekalan...hari-hari bantai minum yg bersusu jer sb gula tak ada.


 Haaaa....yg ni baru betul menjadi,seronoknya tak terkata tp deco tu mcm tikar mengkuang tak siap..hai tak per janji sedap masuk anak tekak.



Ni pulak Blueberry Cheese Cake ...sangat puashati




Kiwi Cheese Cake....deco macam piring terbang UFO.



Ok lah penat membebel...ni nk share resepi nya..

 CHEESE CAKE

Bahan-bahan
Bahan-bahan A:
250 gm biskut mudah hadam atau biskut biasa
125 gm mentega tanpa garam

Bahan-bahan B:
200 ml krim putar(whipping cream)
250 gm krim keju
165 gm gula kastor 
1 sudu besar jus lemon

Bahan-bahan C:
15 gm gelatin halal (pastikan guna Halal Gel)
100ml air
- campurkan air dgn gelatin atas double boiler dan sejukkan selama 5 minit 

Topping
Blueberry topping secukupnyer
Jus lemon
Gula caster
Sedikit air

Cara-cara

1. Hancurkan biskut sehingga jadi serbuk.Sediakan loyang acuan berukuran 8 inci.
2. Cairkan mentega. Tuangkan mentega kedlm bekas berisi biskut tadi. Kacau rata.
3. Tekankan adunan biskut ke dalam loyang sehingga menjadi rata dan padat.Sejukkan dlm peti ais selama lebih kurang 30 minit agar ia menjadi keras.
4. Pukul krim putar sehingga pekat dan gebu.Ketepikan.
5. Pukul krim keju bersama-sama gula dan jus lemon sehingga sebati.Setelah itu masukkan gelatin dan gaul lagi sehingga sebati.
6. Kemudian tuangkan bahan ini kedlm bekas yg berisi krim putar tadi dan gaul rata dgn menggunakan whisk.
7. Keluarkan adunan biskut dlm peti ais.Tuangkan 1/3 adunan krim cheese td keatas adunan biskut.Ratakan dan letakkan buah strawberry.Akhir sekali tuangkan adunan sampai habis. Sejukkan di dalam peti ais sekurang2nya 3 jam. >>Lepas dah keras adunan cheese boleh sapukan fresh cream yg dpukul sebelum dtuangkan kuah topping, lebih kurang 150ml fresh cream.
( ros terus curahkan semua sekali je dalam acuan kek dan bila kek dah keras sapu permukaannya dengan sedikit whipping cream yang telah dipukul dan topping terus dengan sos strawberry )
8. Buat topping dgn mencampurkan bhn topping semua sekali, apabila telah mendidih,tutup api. Sejukkan.
9. Tuangkan kuah topping hingga habis.

Monday 6 August 2018

Online Marketing

Lebih dari 8 tahun aku meninggalkan dunia kerjaya.. hari ini kembali sebagai pelajar,di usia mencecah hampir 48thn..  Nabi juga pernah berkata tuntutlah ilmu walau ke negeri China, walau aku sampai ke negeri Pahang saja..bersyukur kerana di beri peluang.



Pengalaman baru dalam bidang Marketing Online... strategik baru utk meluaskan lagi pasaran.


Menyertai kursus ini jugak satu cara utk aku menyertai komuniti setempat,maklumlah anak dagang kenalah pandai-pandai membawa diri..ramai jugak dpt kenalan baru khususnya dari kawasan Bukit Damar

Akhirnya sekepinng sijil dari Mara berjaya di gengam... mungkin bagi sesetengah org berpendapat..alahh sijil mara jer kut...tp bagi kami usahawan bumiputera Sijil Mara ni satu jaminan bahawa kami ni sudah berada dalam perhatian pihak Mara untuk dibantu.


Thursday 20 December 2012

Syukur pada Mu YA ALLAH

Posting ni sebenarnya di cipta di KKIP Sepanggar,Kota Kinabalu,Sabah tp disebabkan kurang ilmu berblog maka terbengkalai lama berhabuk blog ni... bunga ni pun antara hobi baru bila pindah ke sabah.

Pengalaman menetap diluar dari kebiasaan tempat dilahirkan...dibesarkan hinggalah beranak pinak sangat meninggalkan kenangan manis mahupun pahit tp lebih banyak manis sebab aku ni jenis kaki merayap...bila suami on duty (kerja 24jam) so aku dgn anak2 mula lah merancang tempat2 yg best kat sabah ni...
Seronok sgt duduk kat Sabah ni sebab enviroment nya yg sgt semulajadi, pergilah kemana pun pasti nampak gunung ganang,bagi yg duduk disekitar Kota Kinabalu lagi best dgn hasil laut yg murah...laut yg jernih,siap boleh nampak ikan berenang-renang lagi..

Gambar ikan berenang tak ada plk sb dulu pakai hp yg tak berapa nak canggih..hehehe
banyak yg nak dcerita tp nantilah ada masa sambung